Atlet renang seirama negara, Zylane Lee Yhing Huey, menerima dengan hati terbuka andai terpaksa diketepikan daripada Sukan Asia 2018 demi memastikan kecederaan bahunya benar-benar pulih.
Yhing Huey sedar peluang untuk beraksi buat kali kedua dalam temasya itu tipis apabila bakal menjalani pembedahan bahu kanan Jumaat ini.
Disebabkan tempoh masa untuk pulih sepenuhnya adalah lima hingga enam bulan, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu tidak boleh menjalani sebarang latihan, sekali gus bakal menjejaskan persiapannya ke Indonesia, Ogos depan.
Masih meletakkan harapan tetapi dia menerima hakikat disisihkan sekiranya ia adalah demi memastikan tahap kecergasannya untuk jangka panjang.
"Saya berharap dapat pulih dengan cepat supaya dapat beraksi dalam Sukan Asia. Saya akan cuba yang terbaik untuk pulih dengan segera.
"Saya juga akan fokus untuk Sukan SEA 2019 di Filipina," katanya.
Beraksi atau tidak, Yhing Huey berharap skuad negara mampu mencapai prestasi lebih baik berbanding di Glasgow empat tahun lalu untuk sekurang-kurangnya berada di kedudukan lima terbaik.
Mereka kini dalam misi untuk mendapatkan pakar seni persembahan dari luar negara, khususnya dari Russia.
"Russia sentiasa mempunyai Olimpian tetapi untuk melantik mereka sedikit mahal.
"Ia terpulang kepada MSN (Majlis Sukan Negara). Kalau tidak, jurulatih dari negara yang lebih dekat, Uzbekistan dan Kazakhstan, juga tidak kurang baiknya," katanya lagi.