Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) menempatkan hampir 400 petugas bagi memastikan kelancaran ketibaan atlet yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
Kesemua mereka ditugaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarto-Hatta sambil dibantu oleh pihak polis dan juga tentera udara.
Menurut Pengarah Bahagian Ketibaan dan Pelepasan Atlet Sukan Asia 2018, Indra Gamulya, setiap petugas dibahagikan kepada kumpulan yang merangkumi 40 sukarelawan.
"Setiap kontinjen yang tiba terdiri daripada kira-kira 40 orang.
"Kami sentiasa bersedia di lapangan terbang pada setiap masa.
"Tidak kira kontinjen mana yang sampai, sekalipun pada tengah malam, kami mahu memastikan tetap akan ada orang yang akan menyambut ketibaan mereka," katanya.
Turut disediakan kemudahan khemah khas bagi atlet berkumpul mengikut jenis sukan masing-masing sebelum mereka dibawa oleh bas perantara ke perkampungan sukan di Kemayoran.
Tinjauan Nadi Arena hari ini mendapati beberapa kontinjen telah pun tiba, antaranya atlet dari Thailand, Pakistan dan Singapura.