Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia: Status kecederaan Jun Hoong bakal terjawab

cheng-jun-hoong.jpg
Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) akan mengadakan sidang media khas petang ini bagi mengumumkan status kecederaan lutut penerjun negara, Cheong Jun Hoong, untuk menyertai Sukan Asia Indonesia 2018.

Lutut kiri bekas juara dunia itu bengkak sejak minggu lalu sehingga menyebabkannya terlepas untuk mengikuti kem latihan di China bersama-sama rakan sepasukannya. 

Difahamkan, peluangnya untuk beraksi dalam temasya Jakarta-Palembang 2018 dari 18 Ogos hingga 2 September depan adalah tipis. 

Perkembangan selanjutnya bergantung kepada pengumuman ASUM petang nanti dengan Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen, sudah pun menerima laporan perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN) mengenai sejauh mana tahap kecederaan yang dideritai pemenang pingat perak acara terjun 10m platform individu wanita dalam temasya Incheon 2014 itu.

"Kami sudah menerima laporan perubatannya. 

"Kami juga sudah berbincang dengan pihak Program Podium dan doktor. 

"Kami akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara ini untuk memaklumkan situasi sebenar kepada semua pihak," kata Mae. 

Selain saingan individu, Jun Hoong dijangka beraksi dalam 10m platform seirama bergandingan dengan Pandelela Rinong. 

Advertisement

Must Watch Video