Skuad menembak negara berdepan persiapan terakhir sebelum ke Sukan Asia 2018 apabila perlu mengharungi Kejohanan Menembak Trofi Chia Woh 2018 yang membuka tirai hari ini.
Dua acara bermula hari ini, iaitu 10 meter air rifle dan 10m air pistol campuran. Ia bakal dipertandingkan buat kali pertama dalam saingan Sukan Asia 2018.
Jurulatih pasukan menembak Malaysia, Baharuddin Hashim, menganggap pentas tersebut sebagai platform untuk membolehkan atlet-atlet negara membiasakan diri dengan acara tersebut.
"Ini adalah persiapan terakhir kami sebelum ke Sukan Asia, selepas ini tiada lagi kejohanan-kejohanan besar sebelum ke Indonesia. Jadi, ia diperlukan untuk membiasakan diri dengan acara baru ini.
"Setakat ini, persiapan kami banyak diberikan fokus kepada aspek mental kerana ketika ini, elemen fizikal dan teknik dilihat begitu baik," kata Baharuddin.