Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan Asia: PSM senarai 15 pemain ke Hangzhou

psm.jpg
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) hari ini menyenaraikan 15 pemain untuk memperkuatkan skuad negara dalam Sukan Asia di Hangzhou, China bulan depan.

Antara nama besar yang tersenarai ialah trio dinamik Kuala Lumpur Thunder, iaitu Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Khairol Zaman Hamir Akhbar (perejam)

Perak Bison, yang menjuarai Divisyen Perdana Liga Sepak Takraw (STL) turut memiliki tiga orang wakil, iaitu Meor Zulfikar Mat Amin, Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Azwawi.

Kesemua 15 pemain dalam senarai itu akan melaporkan diri di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada 13 September ini sebagai persediaan sebelum acara sepak takraw membuka tirai di Hangzhou pada 24 September depan.

Senarai pemain:

TEKONG:

1. Mohammad Syahir Mohd Rosdi

2. Muhammd Zarif Marican Ibrahim Marican

3. Muhammad Haziq Hairul Nizam

4. Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin

5. Muhammad Hairul Hazizi Haidzir



APIT KANAN

1. Muhammad Noraizat Mohd Nordin

2. Muhammad Afifuddin Mohd Razali

3. Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar

4. Muhammad Shahalril Aiman Halim

5. Mohamad Azlan Alias


APIT KIRI

1. Amirul Zazwan Amir

2. Mohd Muqlis Borhan

3. Aidil Aiman Azwawi

4. Muhammad Zaim Razali

5. Farhan Adam


 

Advertisement

Must Watch Video