Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Penyertaan trio olahraga diterima

rayzam.jpg
Berita gembira buat trio olahraga yang diketuai pemegang rekod baling tukul besi Sukan SEA, Jackie Wong, apabila penyertaan mereka dalam Sukan Asia diterima selepas tamat mesyuarat pendaftaran kontinjen di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) menerima permohonan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mendaftarkan Jackie, Rayzam Shah Wan Sofian (110m berpagar) dan Iskandar Alwi (lompat bergalah) untuk bertanding di Jakarta.

"Apa yang penting adalah bagi memastikan atlet-atlet kita mencapai kelayakan supaya mereka boleh pergi lebih jauh daripada Sukan Asia, iaitu Sukan Olimpik.

"Kalau mereka boleh mengatasi catatan peribadi terbaik walaupun tidak mendapat gangsa sekalipun, ia sudah dianggap baik," kata Chef-de-Mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan Asia Indonesia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Ini bermakna jumlah atlet olahraga meningkat kepada 15 orang.

Rayzam Shah Wan Sofian
Acara: 110m berpagar
Catatan terbaik: 13.67s

Jackie Wong
Acara: baling tukul besi
Catatan terbaik: 65.90m

Iskandar Alwi
Acara: lompat bergalah
Catatan terbaik: 5.31m
 

Advertisement

Must Watch Video