Susulan aksi sensasi ketika Kejohanan Dunia 2018, kata putus penyenaraian Liew Daren dalam Sukan Asia Indonesia kini di tangan ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek.
Di sebalik status sebagai perseorangan profesional, Daren menidakkan beberapa nama besar untuk layak ke separuh akhir.
Bagaimanapun, dalam laluan menaiki podium, dia mengalami kecederaan ketika aksi suku akhir.
Jika diserapkan dalam skuad Sukan Asia, Daren akan hanya memainkan peranan dalam aksi berpasukan.
Sementara itu, perseorangan individu kekal menjadi tanggungjawab Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao.
"Sejak kami mengambil alih, kami mengutamakan prestasi. Daren perlu dipertimbangkan untuk berada dalam skuad perseorangan lelaki.
"Kalau kami mahu tukar, ia sama ada menggantikan Cheam June Wei atau Soong Joo Ven.
"Namun, kami harus berbincang dengan Daren memandangkan dia mengalami kecederaan," kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Dalam pada itu, kedudukan beregu meningkat naik, Aaron Chia dan Soh Woi Yik, dalam temasya itu akan terus dikaji BAM.
Ia ketika badan induk itu gusar penyertaan dalam terlalu banyak kejohanan akan menjejaskan prestasi mereka.
"Kekangan kami ialah Aaron dan Wooi Yik menyertai Terbuka Vietnam pada minggu ini. Kami tidak mahu mereka terus-menerus menyertai kejohanan, khuatir menjejaskan prestasi dalam Sukan Asia nanti," tambah Norza.