Pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon, menganggap kecederaan tendon achilles yang dialami Goh Liu Ying adalah masalah kecil dan dia tidak bercadang untuk menukar pasangan dalam Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
Antara nama yang dikaitkan sebagai pengganti Liu Ying ialah Cheah Yee See dan Lai Pei Jing.
Namun, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu yakin mereka tidak akan dipisahkan ketika Sukan Asia berbaki kurang dua minggu lagi untuk bermula.
"Kalau Liu Ying betul-betul tidak boleh beraksi, biar jurulatih yang putuskan siapa yang layak bermain. Saya tidak fikir siapa yang boleh mengisi tempat itu," kata Peng Soon.
Liu Ying menjalani ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) di Institut Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Keputusan akan diketahui esok bagi menentukan peluangnya untuk membuat penampilan kedua dalam Sukan Asia selepas Guangzhou 2010.
"Saya berharap tiada kecederaan serius. Sekarang, saya tidak rasa sakit lagi ketika berjalan. Saya rasa lebih yakin," kata Liu Ying.
Pemain kelahiran Melaka itu mengalami kecederaan ketika tewas kepada pasangan Taiwan dalam suku akhir Kejohanan Dunia di Nanjing, China, Jumaat lalu.