Skuad sepak takraw kebangsaan menerima perkhabaran positif tatkala Sukan Asia 2018 bakal dimulakan kurang daripada dua minggu lagi apabila penyertaan mereka dalam acara antara regu hampir pasti diterima oleh pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC).
Perkara itu disahkan oleh pengurus pasukan, Zakaria Din, yang menerima pengesahan secara lisan daripada Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail.
Mereka kini hanya menunggu surat pengesahan daripada INASGOC yang dijangka akan diserahkan pada minggu ini.
Namun, persoalan sama ada undian semula akan dilakukan atau skuad negara dimasukkan dalam mana-mana kumpulan masih belum dipastikan.
Sebelum ini, skuad takraw negara terpaksa bermain dalam acara berpasangan lelaki, selain regu berpasukan.
"Kami perlu mendapatkan pengesahan secara rasmi daripada pihak PSM. Jutaan terima kasih kepada pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana berusaha keras untuk memastikan kami dapat menyertai acara antara regu," kata Zakaria.
Sementara itu, tekong negara, Mohd Syahir Rosdi, menganggap berita itu sebagai satu suntikan moral yang besar buat dirinya dan pemain lain dalam usaha memburu dua pingat emas dalam Sukan Asia Indonesia.
"Alhamdulillah, kami dapat menyertai acara antara regu di atas perjuangan Datuk Ahmad. Kami akan cuba menampilkan aksi terbaik kerana negara pesaing lain juga kuat.
"Kami akan cuba mendapatkan pingat emas bagi acara berpasukan dan antara regu," ujar Syahir.