Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sudah mempunyai sasaran pingat dalam Sukan Asia Indonesia dengan bayangan ia mengatasi pencapaian di Incheon empat tahun lalu.
Bagaimanapun, adakah sasaran yang akan diumumkan Jumaat ini dapat memastikan Malaysia menamatkan cabaran dalam kelompok 10 negara terbaik?
Kontinjen negara ke Indonesia akan diiringi sasaran pingat sederhana. Itu bayangan selepas Syed Saddiq mempengerusikan mesyuarat khas yang turut membabitkan ramai pegawai utama sukan negara di Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.
"Pada masa yang sama, kami juga akan memaklumkan secara rasmi kepada rakan-rakan media apakah jangkaan kami, pungutan pingat dan kedudukan secara keseluruhan.
"Dalam perbincangan tadi, ia berkait rapat dengan perkara itu. Kami juga membincangkan tentang isu keselamatan dan memastikan kebajikan atlet terjamin," kata Syed Saddiq.
Apa yang pasti, sasaran pingat yang akan diumumkan Jumaat ini akan mengatasi pencapaian lima emas di Incheon, namun wujud keraguan adakah ia mampu meletakkan Malaysia dalam kelompok 10 negara terbaik?
Apa yang pasti, sasaran itu meningkatkan cabaran kontinjen negara yang diketuai Chef-de-Mission (CDM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
"Itu satu langkah peningkatan. Saya pasti menteri akan membuat pengumuman, mungkin semasa penyerahan bendera Jumaat ini," kata Abdul Azim.
"Kami mempunyai gambaran sukan-sukan yang boleh mencapai emas. Ini adalah satu gambaran daripada MSN, ISN (Institut Sukan Malaysia) dan MOM (Majlis Olimpik Malaysia)," kata Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.