Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong, mempunyai masa sehingga empat hari bagi memutuskan untuk ke Sukan Asia 2018 atau sebaliknya apabila dimaklumkan perlu mengeluarkan bajet sendiri sepenuhnya selepas disenaraikan kembali ke Indonesia.
Jackie merupakan antara tiga atlet yang kembali disenaraikan ke Sukan Asia bersama-sama Iskandar Alwi dan Rayzam Shah Wan Sofian atas tiket kategori B.
Bagaimanapun, dia dimaklumkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bahawa pembiayaan perlu ditanggung sepenuhnya oleh Jackie dan perlu memberi kata putus selewat-lewatnya Ahad ini.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu masih berbelah-bahagi di samping cuba untuk mendapatkan bantuan daripada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) terlebih dahulu.
"Saya akan cuba membuat permohonan kepada MSNS dan saya akan menunggu jawapan mereka. Keputusan akan dibuat selepas itu.
"Emel itu mengatakan bahawa perbelanjaan perlu ditanggung sendiri atau mencari penaja sendiri," katanya.
Jackie tidak menolak dia lega apabila kembali disenaraikan walaupun pada saat-saat akhir, di mana situasi seperti itu mematangkan dirinya sebagai atlet untuk sentiasa bersedia dengan misi melakukan balingan sehinga 67 meter bagi berada dalam ranking lapan terbaik.
"Saya rasa jurulatih akan melakukan perubahan daripada segi program latihan agar saya mampu membuat persiapan yang lebih berkesan."