Timbalan Pengarah Kanan, Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC), Harry Warganegara, memberi jaminan program 'genap-ganjil' dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas ketika temasya sukan itu berlangsung di Jakarta dan Palembang, bulan depan.
Kerajaan Indonesia memperkenalkan program 'genap-ganjil', iaitu kenderaan dibenarkan memasuki ibu kota republik itu mengikut waktu genap bermula jam 6 pagi.
Kenderaan awam tidak dibenarkan berada di jalan raya pada waktu ganjil bermula jam 7 pagi dan situasi itu akan berterusan hingga jam 8 malam sepanjang temasya.
Tindakan itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di mana Jakarta mencatat 18 juta kenderaan setiap hari, enam kali ganda berbanding di Kuala Lumpur.
"'Genap-ganjil' kami sudah lakukan di jalan-jalan utama tetapi untuk Sukan Asia, kami hanya memulakannya pada Ahad lalu.
"Kami akan melakukkanya kepada jalan-jalan tambahan yang menghubungkan kepada (venue) Sukan Asia. Ia akan diperluaskan," kata Harry.
Jakarta dijangka menerima kehadiran 30,000 atlet, jurulatih dan pegawai dari pelbagai negara di benua Asia.
Sementara itu, INASGOC mempertahankan harga tiket upacara pembukaan dan penutup yang dianggap mahal hingga mencecah RM1,400.
"Ia kerana bajetnya tinggi tetapi kalau lihat dengan kejohanan sukan lain, ia dianggap masih rendah," katanya lagi.