Skip to main content

E-Sukan

Sukan Asia: ESM, MOM belum capai kata putus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

esposrt.jpg
Tiada sebarang kata putus berjaya dicapai antara Persatuan Sukan Elektronik Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia di mesyuarat prapemilihan ke Sukan Asia, kerana beberapa faktor yang masih belum dapat diselesaikan.

Berlainan dengan sukan lain, e-sukan yang merupakan pendatang baru dalam temasya kali ini, mempunyai pendekatan dan cara berbeza untuk mengumpul pemain terbaik mewakili negara mengikut acara yang berbeza.

"Kami masih lagi tidak mempunyai kata putus dan ketika ini, kami sedang meneliti barisan atlet yang beraksi dalam saingan peringkat kebangsaan," kata Pengurus pasukan e-sukan Malaysia, Wong Kang Woon.

"Daripada senarai atlet yang terpilih, kami akan memilih lima yang terbaik."
 
Dalam masa sama, Persatuan Jiu-jitsu turut dalam kebimbangan apabila atlet taruhan, Adam Akasyah tidak berada dalam senarai yang mendapat kelulusan daripada MOM.

Menurut pengurus pasukan, Shahrizal Md Sidek, lebih perbincangan akan dilakukan, di samping perancangan untuk membawa atlet jiu-jitsu berkelana di luar negara berlatih secara intensif, menjelang temasya pada September ini.

"Mengenai status Adam, dia telah beraksi di bawah kategori Sukan SEA," katanya. 

"Namun bagi kategori Sukan Asia, Adam namun tidak memberikan keputusan yang baik. Berdasarkan beberapa faktor akan kami bincangkan bersama MOM untuk menyenaraikannya ke Sukan Asia."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video