Berita gembira buat skuad hoki wanita negara ke Sukan Asia 2018 apabila laporan perubatan mengesahkan jurulatihnya, Dhaarma Raj Abdullah, bebas daripada sebarang komplikasi serius, sebaliknya hanyalah keracunan makanan dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk bersama pasukan ke temasya Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
Dhaarma ketika dihubungi hari ini menjelaskan doktor mengesahkan dia hanya mengalami keracunan makanan dan bukannya penyakit kronik yang akan menjejaskan kesihatannya.
Beliau sebelum ini mengadu mengalami ketidakselesaan di bahagian perut ketika sesi latihan Rabu lalu sebelum dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya pada hari yang sama.
Jurulatih itu turut mengesahkan doktor sudah memberinya pelepasan untuk keluar daripada hospital esok dan akan kembali mengendalikan latihan pasukan, Isnin ini.
"Keputusan perubatan sudah pun dikeluarkan dengan saya tiada masalah barah, tumor dan gastrik.
"Mereka mengesyaki saya mengalami masalah keracunan atau pencernaan dan ia boleh dirawat," katanya.
Perkhabaran itu ternyata memberi kelegaan buat pasukan wanita yang amat memerlukan kelibat Dhaarma dalam misi meraih pingat gangsa Sukan Asia.
Dhaarma sebelum ini pernah dinafikan peluang untuk membuat penampilan dalam Sukan Asia sebanyak dua kali, iaitu pada 1994 di Hiroshima sebagai pemain manakala dalam edisi Incheon 2014, digugurkan sebagai ketua jurulatih lelaki.
"Kalau tidak demam, saya sudah boleh keluar wad dan memulakan sesi latihan pada Isnin nanti," katanya lagi.