Chef-de-mission (CDM) negara ke Sukan Asia Indonesia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi, memberi amaran untuk menggugurkan mana-mana atlet jika berdepan masalah disiplin sama ada ketika kem latihan pusat atau kerana merokok.
Azim jelas enggan berkompromi dengan tuntutan disiplin berkenaan apabila menjelaskan ia bukanlah perkara baru dengan berkata: "Kalau dia buat? Baliklah.
"Kami pun cakap tadi, apabila mereka didapati keluar tanpa kebenaran, mereka akan dihantar balik dengan serta-merta.
"Semua (temasya) sukan pun sama, di (Sukan Olimpik) London atau Rio pun begitu.
"Memandangkan atlet kita sudah biasa dengan Indonesia dan selalu pergi Jakarta, maka itu tugas pengurus pasukan. Kami mungkin akan memasang pengintip," katanya.
Dalam masa sama, setiap atlet yang berada dalam senarai Program Podium akan menjalani syarat ketat sebelum disahkan untuk mengikuti program berkenaan.
"Sebelum atlet menandatangani kontrak dengan kami, mereka perlu melalui ujian terlebih dahulu.
"Daripada ujian itu, kami akan dapat tahu sama ada mereka merokok atau tidak," tambahnya lagi sempena temasya dari 18 Ogos hingga 2 September depan itu.