Di sebalik persiapan atlet untuk menghadapi Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini, bahagian teknikal, khususnya membabitkan penyiaran, juga kini sibuk dalam memastikan kelancaran sepanjang berlangsungnya temasya itu nanti.
Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) Sukan Asia dibuka secara rasmi pada 1 Ogos lalu, dengan 14 wakil penyiar rasmi kini berada dalam fasa akhir mempersiapkan kemudahan masing-masing.
Antara yang terlibat stesen penyiar dari China, CCTV, di samping KBS yang merupakan penyiar rasmi untuk Korea Selatan.
Selain itu, beberapa kerja pemasangan peralatan teknikal juga sedang giat dijalankan bagi memastikan operasi penuh nanti tidak terjejas.
Turut tidak ketinggalan Astro Arena yang juga akan membawakan perkembangan secara menyeluruh sepanjang berlangsungnya Sukan Asia.
IBC akan memulakan operasinya menjelang acara bola sepak yang akan membuka tirainya Jumaat ini.