Skip to main content

Sukan Lain

Sudah tiba masanya atlet negara ceburi poomsae gaya bebas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poomsae.jpg
Poomsae gaya bebas menjadi ancaman terhadap atlet poomsae negara, termasuk pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2019, Sara Yap, apabila acara itu menerima sambutan hangat termasuk menjadi pertunjukan dalam Kejohanan Dunia 2019 di Manchester, England.

Ini membuktikan bahawa poomsae gaya bebas semakin diterima di seluruh dunia.

Corak agresif yang ditampilkan menarik perhatian atlet muda untuk menceburi acara itu yang dianggap lebih sukar berbanding poomsae tradisional.

Ia jadi ancaman terhadap atlet poomsae negara, sekali gus memaksa mereka untuk mempelajari teknik itu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Sudah tiba masanya atlet negara menceburi pomsae gaya bebas kerana lambat-laun ia akan menjadi tuntutan," jelas Sara.

Poomsae tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Malah, Kejohanan Dunia juga diadakan secara berasingan di antara poomsae dan kyorugi.

Namun, Persekutuan Taekwondo Dunia mula merancang untuk mempromosikan poomsae gaya bebas yang secara tidak langsung menjadi langkah awal untuk menggabungkan kedua-dua acara itu dalam kejohanan besar.

"Ia kombinasi teknik dan rutin menarik yang boleh menarik perhatian penonton. 

"Ia masih merupakan poomsae, cuma melibatkan lebih banyak gerakan.

"Persembahannya menarik perhatian penonton," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video