Xavi berharap pemain Atletico Madrid, Luis Suarez menerima tepukan gemuruh daripada penyokong Barcelona hari in, ketika dia meletakkan pemain Uruguay itu bersama Samuel Eto'o sebagai 'penyerang terbaik zaman moden Barca'.
Suarez meninggalkan Barca -- dalam keadaan yang mengecewakan untuk bekas bintang Liverpool dan rakan karibnya Lionel Messi -- pada 2020, dengan jurulatih ketika itu, Ronald Koeman telah menganggapnya tiada dalam perancangan.
Keputusan Barca menghukum diri sendiri apabila Suarez terus melonjakkan Atleti merangkul kejuaraan LaLiga kedua mereka di bawah kendalian Diego Simeone, menjaringkan 21 gol dalam saingan LaLiga musim lalu.
Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan 198 gol untuk Barca antara 2014 dan 2020, menjaringkan sekali setiap 120 minit, dan berkata dia 'tidak dihormati' oleh kelab apabila mereka memutuskan untuk melepaskan khidmatnya.
Xavi bermain bersama Suarez pada musim pertamanya di Camp Nou, dan percaya penyerang itu mesti dikategorikan sebagai pemain hebat zaman moden di Barca.
"Saya rasa dia layak mendapat tepukan gemuruh," kata Xavi mengenai Suarez.
"Penyerang tengah terbaik Barca zaman moden, dengan Eto'o. Dia cukup hebat. Anda harus menyambutnya dengan hormat.
"Sayangnya dia tidak dapat meninggalkna kelab dengan penghormatan besar kerana COVID."