Skip to main content

Sukan Lain

STRATCOMM@CTIVE Brisk Walk aktifkan gaya hidup sihat warga Pejabat Komunikasi Strategik UiTM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

strattcomm.jpg
Seramai 65 petugas Pejabat Komunikasi Strategik UiTM menyertai aktiviti STRATCOMM@ctive brisk walk di sini hari ini. 

Program anjuran Kelab Kebajikan Stratcomm, Pejabat Komunikasi Strategik UiTM itu dimulakan dengan aktiviti senaman ringan untuk memanaskan badan dan selanjutnya aktiviti brisk walk bermula pada 8.25 pagi dan berjalan sejauh 3 kilometer di sekitar kawasan UiTM. 

Pengerusi Kelab Kebajikan Stratcomm, Muhammad Irsyad Mohd Ramzan berkata antara objektif program adalah untuk menyediakan platform bagi ahli kelab berinteraksi dalam suasana yang santai dan menyeronokkan, sambil menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. 

Mengulas lanjut, objektif aktiviti harini adalah menyahut pengisian amanat Naib Canselor dimana beliau menekankan kepentingan untuk setiap staf digalakkan untuk menjaga kesihatan.  

“Melalui aktiviti brisk walk, ahli dapat menikmati masa bersama, mengurangkan tekanan, dan memperkukuhkan hubungan silaturahim. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental, serta memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama dalam kalangan ahli”

Beliau juga menyatakan bahawa perancangan aktiviti akan datang adalah setiap ahli kelab bersama sama akan memgikuti aktiviti-aktiviti lain iaitu beriadah  berkala setiap petang seperti bermain badminton dan bola tampar dengan memanfaatkan kemudahan sedia ada di UiTM. 

Turut bersama dalam program tersebut adalah Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) Prof. Dr. Ismie Roha Mohamed Jais dan pengurusan kanan Pejabat Komunikasi Strategik UiTM.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video