Skip to main content

Sukan Lain

STL: ATM Guardians sahut cabaran walaupun tempang

bola-jaring.jpg
Selangor ditunjukkan jalan keluar lebih awal selepas berdepan cabaran persiapan dalam Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2021. 

Walaupun mempertaruhkan enam tonggak kebangsaan dan bekas pemain negara, mereka tewas tipis di tangan Johor 43-45 di Stadium Juara, Bukit Kiara, petang tadi. 

Bencana banjir di Lembah Klang minggu lalu mengekang mereka untuk melakukan persiapan hingga memaksa aksi sulung mereka pada Isnin ditunda sehari. 

Dengan itu, Selangor berpeluang untuk menebus maruah apabila akan turun berdepan Kedah yang ditundukkan Terengganu untuk penentuan tempat kelima dan keenam daripada 12 pasukan. 

"Saya tidak nampak kekurangan pasukan pada hari ini. 

"Kami masih perlu lebih berhati-hati dan cuba dapatkan lebih banyak jaringan bagi memberi ruang kepada pemain muda untuk diturunkan," kata jurulatih Johor, Rohaya Mohamad, di Nadi Arena. 




Sementara itu, pemain Selangor, Yeoh Pek Xian, mengakui kekangan persiapan menjejaskan kempen mereka untuk memberikan saingan yang lebih jitu. 

"Kombinasi kami tidak cukup daripada segi kerjasama sepasukan kerana apabila melakukan kesilapan, kami cepat putus asa. 

"Ini aspek yang perlu kami perbaiki dalam perlawanan seterusnya. 

"Sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan, malah tahap kecergasan saya sendiri juga tidak mencukupi," katanya. 

Juara bertahan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pula terus menyalakan impian untuk memburu kejuaraan keempat berturut-turut dengan menewaskan Perak. 

Advertisement

Must Watch Video