Skip to main content

Sukan Lain

Steady YB Syed Saddiq!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed-saddiq.jpg
Ketika dilantik Menteri Belia dan Sukan pada 2018, perwatakan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cukup berbeza.

Beliau lebih terkenal dengan kepetahan berbicara dan usaha membangunkan E-Sports.

Tetapi itu dulu, bukanlah Syed Saddiq yang sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan mengajar beliau untuk jadi lebih kental mental dan fizikal – asas dalam sukan.

Malah, sejak meninggalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 2021, beliau banyak menyertai program sukan seperti berbasikal, triathlon dan maraton.




Ketika ini, beliau sedang berlari di lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur bagi mengumpul dana untuk Parlimen Muar – yang didakwa tidak mendapat bantuan daripada kerajaan.

Apa yang menarik ialah beliau sudah menghabiskan lebih 100km dan dijangka tiba di Parlimen pada Isnin.






Usaha Syed Saddiq mendapat tumpuan di laman sosial dan ramai yang beri sokongan, bukan saja untuk tiba di Parlimen malah menyumbang dana.

Setakat ini, dana larian sudah melebihi RM101,000.

Min bukan penyokong mana-mana parti politik tetapi untuk menghabiskan larian 200km dalam tempoh 4 hari – steady YB Syed Saddiq!
 
 

Advertisement

Must Watch Video