Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, menjangkakan dua perkara penting yang menjadi kerisauan pihak Malaysia menjelang persidangan video Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) khamis ini bagi menentukan status Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Antara perkara yang bakal diketengahkan adalah proses kelayakan atlet negara ke Sukan Olimpik. Penundaan Sukan Olimpik antara perkara yang perlu dibincangkan kerana keadaan penularan wabak covid-19 makin serius," kata Norza.
Secara jelas, Malaysia lebih mengutamakan penundaan saingan Sukan Olimpik yang dijadualkan berlangsung Julai ini.
Mengambil kira kekangan masa yang berlaku melibatkan kejohanan yang menjurus kepada kelayakan Olimpik yang terpaksa ditunda, pihak penganjur seharusnya lebih peka dengan persediaan akhir setiap negara sekiranya tiada penjadualan semula temasya terbesar dunia itu.
Bagaimanapun, keputusan rasmi hanya akan diputuskan Mei ini.
Perbincangan Khamis ini turut mengambil kira keresahan setiap wakil negara, di mana ia turut mempengaruhi keputusan akhir yang akan diumumkan nanti.
"IOC akan membuat keputusan Mei ini kerana ia melibatkan negara penganjur, Jepun yang telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membuat persiapan Tokyo 2020."