Skip to main content

Sukan Lain

Status Afrina Diyanah ke Sukan SEA Thailand cetus tanda tanya

sott.jpg
Status atlet luncur ais negara, Afrina Diyanah, ke temasya Sukan SEA Thailand 2025 masih menjadi tanda tanya.

Namun, walaupun segalanya masih belum diputuskan secara rasmi oleh Persatuan Luncur Ais Malaysia, prestasi dan teknik Afrina meletakkan dirinua antara atlet pilihan untuk menyertai mewakili negara ke temasya dwitahunan itu.

Gadis tinggi lampai itu ternyata memiliki teknik berkesan dan andai terpilih, Afrina mensasarkan untuk berada di kedudukan podium.

"Saya memang berlatih untuk ke Sukan SEA. Jika saya berjaya ke sana saya mahu lakukan yang terbaik.

"Terdapat beberapa elemen teknikal yang saya belum perolehi, saya berharap saya dapat elemen itu menuju ke kejohanan itu nanti.

"Saya juga menyasarkan rekod catatan peribadi yang baru." katanya.

Untuk tekod, sebanyak empat kali sukan luncur ais ini dipertandingkan sejak kali pertama dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Malah, kem luncur ais sudah menyumbang dua emas, dan kedua-duanya menerusi Julain Yee dan gangsa daripada Chew Kai Xiang.

 
Protein Bar

Protein On-The-Go

Nikmati cara paling mudah dapatkan protein harian — cepat, sedap & mengenyangkan.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found