Skip to main content

Hoki

SSBJ Thunderbolt sedia gugat kedudukan MBBJ Tigers

hafiz-050517.jpg
Pasukan SSBJ Thunderbolt mahu terus mengejar pendahulu liga, MBBJ Tigers, apabila bakal bertemu SMKDBL Johor Juniors dalam saingan Liga Hoki Remaja Kebangsaan Divisyen Satu di Stadium Hoki Kuala Lumpur, hari ini. 

Dua kemenangan besar yang diperoleh SSBJ Thunderbolt ketika bertemu Nur Insafi dan Politeknik Malaysia-KPT dengan menjaringkan sembilan gol, memberi keyakinan besar buat anak buah Lokman Yahya itu untuk terus menghimpit kedudukan pendahulu, MBPJ Tigers, apabila bakal melayan kunjungan SMKDBL Johor Juniors yang kini berada di tangga kelima liga. 

Namun, ia bukan tugas mudah, apatah lagi SMKDBL Johor Juniors mencipta kejutan pada akhir bulan lalu apabila menewaskan MBPJ Tigers 3-2.

"Kami akan membuat sehabis baik untuk mendapatkan jaringan sebanyak mungkin. 

"Kami perlukan jaringan untuk memperbaiki kedudukan kami dalam liga," ujar penjaga gol SSBJ Thunderbolt, Muhammad Hafiz Azhari. 

Jentera serangan SSBJ Thunderbolt untuk musim ini juga dilihat ampuh apabila merekodkan keseluruhan 31 gol setakat ini. 

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, SSBJ Thunderbolt kini berada di tangga ketiga liga dengan mengutip 15 mata, hanya dipisahkan tiga mata dengan pendahulu, MBPJ Tigers, yang mengutip 18 mata. 

"Kami mempunyai jurulatih yang berkualiti. 

"Kami menampilkan taktikal yang sempurna dalam mengatur pergerakan dari bawah, jadi tiada masalah untuk kami mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan," kata pemain pertahanan kelab itu, Muhammad Ramdan Arrifin. 
 

Advertisement

Must Watch Video