Barisan pemain Selangor Red Giants OG (SRG.OG) tidak akan berubah, kata pengasas bersama pasukan juara MPLMY tiga kali berturut turut itu, Simon Lim, selepas kekalahan di pentas final Mid Season Cup (MSC) 2025.
Perkongsian itu sedikit-sebanyak melegakan peminat SRG.OG, yang khuatir gandingan emas yang mengukir pelbagai kejayaan sejak tiga tahun lalu itu berkecai.
Majoriti peminat SRG.OG mahu barisan pemain dikekalkan bagi menempuhi musim depan.
Bagaimanapun, terdapat ura-ura media antarabangsa yang berpangkalan di Filipina melaporkan khidmat ketua jurulatih, Arcadia, selain Kramm dan Innocent, sedang diintai sebuah pasukan gergasi negara itu.
"Buat masa sekarang memang kami akan kekalkan barisan ini dan jurulatih kami kerana bagi saya, kenapa perlu baiki kalau ia tidak rosak?" kata Simon kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
"Apapun, berkenaan teknikal, saya mahukan pemain dan jurulatih berehat selama seminggu dan selepas itu, mungkin saya akan adakan perjumpaan dengan barisan kejurulatihan.
"Daripada itu, kami akan melihat apa yang perlu dilakukan," katanya.