Skuad Hoki Negara kendalian Sarjit Singh menamatkan jelajah Korea Selatan dengan kekalahan pertama selepas kekal kebal pada empat perlawanan pertama.
Kekalahan skuad negara direkodkan pada perlawanan kelima apabila tewas 2-4 kepada Korea Selatan, namun Sarjit tidak mahu menghukum pemainnya sebaliknya bersikap rasional disebalik aksi longlai ini.
Selain ketiadaan pemain utama, The Speedy Tigers diperkuat kelompok besar pemain muda yang masih dalam fasa penilaian untuk mencuri tempat dalam skuad akhir menuju kempen Piala Negara-negara di Kuala Lumpur bermula 15 Jun hadapan.
Sarjit turut mengesahkan, sudah kenalpasti beberapa pemain muda yang wajar diketengahkan sebelum mengumumkan skuad terbaik 20 terbaik bagi mencapai sasaran ke separuh akhir Piala Negara-negara.
Pada masa sama, Sarjit tidak setuju dengan sesetengah pihak yang merasakan, skuad negara di jelajah Korea sebagai penanda aras kualiti pasukan.
Sebaliknya Sarjit menegaskan, mutu sebenar The Speedy Tigers akan dipersembahkan pada kempen Piala Negara-negara.
"Kita kalah dengan Korea 4-2, prestasi pemain setakat ini bagus.
"Walaupun kalah, ia dapat beri satu pengalaman berharga buat semua yang berpeluang bermain di jelajah kali ini.
"Cuma kali ini kami kurang dari segi penyudah dan juga bertahan, tapi selain itu mereka tunjukkan prestasi yang memberangsangkan sekaligus akan membawa kepada pemilihan skuad Piala Negara-negara akan datang," kata Sarjit.