MALAYSIA 3 KOREA SELATAN 2
The Speedy Tigers menggenggam Piala Sultan Azlan Shah untuk mengakhiri penantian selama 39 tahun.
Selepas muncul lima kali naib juara sejak 1983, jaringan padang sumbangan Shello Silverius, Aminuddin Zain dan penalti strok daripada Razie Rahim -- penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol -- memastikan kejayaan 3-2 ke atas Korea Selatan, sebentar tadi.
Skuad kendalian Arul Selvaraj itu dikritikan berikutan langkah sumbang selepas dibelasah lawan sama di peringkat liga sepusingan.
Namun, mereka bangkit menyusun rentak kemenangan dengan menundukkan Mesir, Afrika Selatan dan Jepun untuk kemaraan ke final edisi ke-29 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, lpoh itu.
Kemenangan itu juga bukan sahaja menyaksikan Malaysia merampas gelaran yang dimenangi Korea Selatan pada 2019, malah membalas kekecewaan dalam final Piala Asia, Jun lalu.

Jatuh satu kali, bangkit bak sang juara dialah Hafizzudin our nombor 1 goalkeeper @ASTROARENA pic.twitter.com/o1NMUuEhir
— karlnunis (@_karlnunis) November 10, 2022