Skip to main content

Sukan Lain

SOPMA: Radzwin Aziz curi tumpuan

perak-sopma.jpg
Tumpuan sentiasa terarah kepada penjaring tetapi buat pasukan Perak dalam saingan bola sepak Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2023 menyaksikan pemain pertahanan berjersi 18 menjadi watak penting dalam 90 minit aksi yang mendebarkan untuk membolot kejuaraan.
 

Pertahanan Perak, Muhammad Radzwin Aziz, yang juga tampak memiliki kekurangan fizikal berbanding pemain lain tidak menjadikan itu sebagai alasan buatnya gentar di atas padang.

Dia yang terpaksa melepaskan peluang bermain dalam skuad kebangsaan ekoran tugas hakiki sebagai pengutip bola golf bagaimanapun lega kerana dia dapat menebus kekecewaan lalu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video