Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Wilayah Persekutuan, Dr Ong Shin Ruenn, pula memuji persembahan kontinjennya yang berjaya mencapai sasaran tujuh pingat emas kali ini.
Biarpun gagal mengulangi pencapaian pada Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2018 selaku juara keseluruhan, namun beliau bangga dengan semangat dan pengurusan kontinjen yang mempamerkan prestasi terbaik pada SOPMA tahun ini.
Terpaksa ke Kuching, Sarawak ketika persatuan sedang berhutang, ia nyata tidak mematahkan semangat atlet untuk menjadikan pemburuan pingat sebagai matlamat utama.
Sehubungan itu, Shin Ruenn berharap agar ada pihak yang sudi membantu persatuan yang berada dalam keadaan sangat memerlukan dana.
Beliau ditemui ketika majlis penutupan temasya SOPMA edisi ke-22 Sarawak 2025 di Kuching.
Sementara itu, Pengerusi Bertindak Majlis OKU Selangor, Danial Al-Rashid Haron, akan membawa isu melibatkan kekangan dana persatuan ke sidang Dewan Undangan Negeri, bagi memastikan Kontinjen Pekak Selangor mendapat pengiktirafan sewajarnya sama seperti penganjuran Para Sukma dan Sukma.
Beliau mengakui terdapat beberapa perkara yang tidak sampai secara terus kepada pihak sepatutnya sehingga mengakibatkan Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor kelihatan seperti dipinggirkan.
Danial ditemui semasa sesi penyerahan cek sumbangan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Afdal Saari.
Klik Sini Sekarang

NIKE 15% OFF
Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!
Klik Sini Sekarang