Pemain tengah KL Wildcats, Nur Amisya Khairuddin, menegaskan pasukannya perlu berwaspada dengan saingan yang akan diberikan Perak Phoenix dan Kedah Sunshine menjelang aksi minggu kedua Sooka Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara hujung minggu ini.
Pasukan juara bertahan itu kini sedang mengungguli carta NSL setelah mengumpulkan sembilan mata daripada tiga perlawanan pertama
Bagaimanapun, kedudukan mereka mampu dipintas pencabar terdekat, Johor Jewels, yang hanya dibezakan dengan peratusan jaringan, seandainya mereka keciciran mata dalam dua perlawanan itu.
Justeru, Nur Amisya menggesa pasukannya agar kekal fokus dan tidak memandang rendah mana-mana lawan seandainya mahu menyapu bersih enam mata minggu ini.
"Bagi saya, perlawanan minggu ini amat mengujakan dan akan menguji ketahanan setiap pemain," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.
"Perak mempunyai pasukan yang amat muda, di mana pemain muda pasti akan memberikan saingan yang tinggi.
"Kedah pula mempunyai pemain-pemain yang baru tiba, di mana kami tidak dapat melihat aksi mereka sepanjang minggu lalu, jadi mereka juga pasti akan memberikan saingan yang hebat buat kami.
"Perak mempunyai penyerang yang amat bagus ketika berada dalam kawasan D, jadi pertahanan kami perlu berusaha keras untuk menenganinya.
"Kami juga tidak boleh membenarkan mereka masuk ke dalam kawasan D dengan terlalu mudah," katanya.