Skip to main content

Sukan Lain

Solihin lupakan hari raya demi saingan di Paris

olibhin.jpg
Pelari pecut negara, Ahmad Solihin Mohd Nor, mengorbankan sambutan hari raya Aidiladha tahun ini untuk bersiap menghadapi Kejohanan Olahraga Para Grand Prix Paris pada 29 Ogos ini yang menawarkan tiket terakhir untuk layak ke Kejohanan Dunia 2019.

Dia yang juga pemenang pingat emas acara 100 meter Sukan Para Asean 2017 kategori T46/47 itu kini perlu melepasi catatan 11.70 saat dalam usaha layak buat kali pertama ke Kejohanan Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 7 November depan.

Cabarannya kini adalah untuk cuba mengulangi pencapaian terbaiknya dalam Sukan Para Asia Indonesia tahun lalu apabila meraih masa 11.35s.

"Itu memang impian saya sendiri untuk beraksi dalam Kejohanan Dunia. Saya mahu ke sana kerana ingin meningkatkan prestasi saya. Jika mahu ke kejohanan itu, saya perlu tetapkan diri dan lakukan persiapan rapi," katanya.

Selain Solihim, turut sama mencari tiket terakhir ke Kejohanan Dunia ialah Muhd Ashraf Haisham, Jonathan Wong, Eddy Bernard, Saiffudin Ishak dan Faizal Aidil Suhaimi.

"Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang kecederaan, tidak kira yang lama atau baru. Memang semua tahu, cabaran untuk ke kejohanan akan sukar, jadi saya utamakan pemulihan dan pemakanan bagi persiapan ini," tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video