Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Terbuka DPD: Nicol ke pusingan kedua

nicol-david.jpg
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, bermula dengan rentak baik apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka DPD di Eindhoven, Belanda, hari ini. 

Nicol mempamerkan permainan menarik ketika menewaskan juara remaja dunia, Rowan Elaraby, 11-8, 9-11, 11-8, 11-7 dalam tempoh 37 minit.

Pemain dari Pulau Pinang berusia 35 tahun itu, bagaimanapun, akan menghadapi laluan sukar dalam pusingan kedua apabila akan bertemu seorang lagi pemain Mesir yang merupakan juara dunia, Nour El Sherbini, lewat petang ini.

Sherbini mendapat ‘bye’ dalam pusingan pertama.

“Saya tahu, apabila datang ke sini, saya perlu bermain dengan mantap dan dalam set kedua ketika saya terleka, Elaraby menggunakan kesempatan itu,” ujar Nicol yang merupakan bekas pemain nombor satu dunia.

"Saya tahu apa yang perlu dilakukan dalam set ketiga dan keempat, oleh itu saya gembira dengan fokus sendiri.

“Saya gembira kerana dapat bermain lagi di hadapan peminat Belanda selain berada di sini semula,” tambah Nicol seperti yang dilaporkan dalam laman sesawang kejohanan; www.dpdopensquash.com.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video