Kempen skuad skuasy negara pada Terbuka China berakhir selepas sandaran terakhir mereka yang juga juara bertahan, Rachel Arnold, tersingkir di suku akhir di Shanghai hari ini.
Pemain bukan pilihan itu tewas 7-11, 1-11, 11-6, 6-11 kepada pilihan utama dari Mesir Hania El Hammamy dalam pertarungan selama 37 minit yang berlangsung di Pusat Tenis Xian Xia.
Di separuh akhir Hania akan berdepan pilihan keempat dari Jepun Satomi Watanabe yang menewaskan pilihan kelapan dari Mesir Sana Ibrahim, 11-9, 11-8, 11-4, dalam satu lagi aksi suku akhir.
Tahun lalu, Rachel merangkul gelaran tersebut selepas menang ke atas Farida Mohamed dari Mesir 11-5, 11-8, 11-8.-Awani

Commiserations to @rachelmaearnold - who bows out of the China Open 2025 at the quarter final stage to El Hammamy ❌ pic.twitter.com/GJAip65KHo
— Dunlop Squash (@DunlopSquash) November 13, 2025