Skip to main content

Sukan Asia

Skuasy: Sivasangari teruja temu Nicol dalam final

sivasangari.jpg
“Ia penuhi impian zaman kecil saya,” itu reaksi spontan pemain skuasy muda negara, S. Sivasangari, yang tidak menyangka peluang beraksi dengan idolanya, Datuk Nicol Ann David, bakal berlaku di pentas final Sukan Asia 2018.

Melihat situasi itu ibarat dalam mimpi, itu yang dirasai Sivasangari sebaik sahaja melangkah ke final tatkala Indonesia menjadi penampilan pertamanya dalam Sukan Asia.

Lebih manis, ia merupakan pertemuan kali pertamanya dengan Nicol yang menjadi impiannya sejak kecil.

Kejayaannya mengejutkan pemain ke-14 dunia dari India, Joshna Chinappa, diibaratkan seakan-akan satu petanda bahawa pengganti Nicol kini dalam pembikinan.

"Berdepan Nicol dalam aksi final adalah sesuatu mimpi bagi saya," kata Sivasangari.

Sementara itu, Nicol berasa lega setelah hasrat untuk Malaysia memastikan dua slot final menjadi kenyataan.

Nicol menganggap pertemuan dengan Sivasangari sebagai satu pertembungan yang menarik memandangkan ia merupakan pentas antarabangsa buat kali pertama melibatkan pertemungan kedua-dua pemain itu.

"Tidak mengira siapa lawan dalam aksi final nanti, saya akan cuba memberikan tumpuan dalam aksi final nanti," kata Nicol.
 

Advertisement

Must Watch Video