Pemain skuasy negara, S. Sivasangari, menganggap laluan untuk mendapatkan emas kedua daripada acara skuasy bukan angan-angan, malah penguasaan Malaysia dalam saingan peringkat kumpulan sudah jelas memihak kepada negara dalam Sukan Asia Indonesia.
Selepas kejayaan Malaysia memastikan kilauan emas dan perak menerusi acara individu wanita, kini kem negara memburu satu lagi emas dalam acara berpasukan wanita.
Hasrat itu dilihat sesuatu yang boleh dicapai, lebih-lebih lagi setelah mencatat kemenangan dalam kesemua tiga perlawanan awal menentang Pakistan, Filipina dan Korea Selatan.
Bagi Sivasangari, dia tidak menafikan cabaran sukar pasti menunggu dia dan rakan sepasukan, namun menegaskan Malaysia akan sentiasa bersedia.
"Saya rasa kami memiliki pasukan yang kuat, ditunjangi oleh Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern, Aifa Azman dan saya. Kami sangat kuat dan ia dibuktikan dalam tiga aksi sebelum ini.
"Kami akan berdepan Jepun pada hari ini dan diharapkan prestasi ini dapat dikekalkan," katanya.