SUKAN LAIN
Skuasy Remaja Dunia: Yiwen buru hadiah 'perpisahan' terbaik
Pemain skuasy remaja negara, Chan Yiwen, sedia menghadapi Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Kuala Lumpur, 30 Julai-9 Ogos ini, selepas mencipta kejutan meraih gelaran juara dalam Kejohanan Remaja Asia di Macau, bulan lalu.
Yiwen selaku pemain pilihan utama kejohanan merangkul gelaran juara selepas menewaskan rakan senegara, Aifa Azman, 3-2.
Pemain berusia 19 tahun itu bertekad terus melakar kejayaan tahun ini bagi melengkapkan misi untuk memperbaiki rankingnya yang ketika ini berada di kedudukan ke-123 dunia.
Iklan
Yiwen menganggap dia kini berada di landasan tepat untuk merealisasikan impiannya berada di kedudukan 50 terbaik dunia menjelang hujung musim ini.
"Saya sangat gembira kerana sekali lagi memenangi Kejohanan Remaja Asia.
"Saya sedang membuat persiapan untuk menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di samping perlu bersedia beralih ke peringkat senior pula selepas September," katanya.
Meskipun baru kembali beraksi selepas berehat selama sembilan bulan, dia membuktikan kecemerlangannya dengan merangkul juara dalam aksi pertama Kejohanan Jelajah PSA yang disertainya, April lalu.
Must-Watch Video