Bersandarkan kepada keputusan menakjubkan di peringkat Asia, skuad skuasy remaja wanita negara kini mempunyai semangat luar biasa untuk memburu gelaran dalam Kejohanan Remaja Dunia di Kuala Lumpur, 30 Julai-9 Ogos ini.
Selain kategori individu, skuad wanita juga sedang menjalani persiapan bagi menghadapi acara berpasukan.
Dua tahun lalu, Malaysia melangkah ke final sebelum kecundang di tangan juara lapan kali, Mesir.
Baru-baru ini, Malaysia merekodkan lima kejuaraan dalam Kejohanan Remaja Asia di Macau, China dengan tiga daripadanya hadir menerusi wakil wanita.
Juara kategori B-19, Chan Yiwen, dan naib juara kategori sama, Aifa Azman, menjadi pilihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) untuk mengetuai cabaran negara dalam kejohanan di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil itu.
"Kami mempunyai pasukan yang mantap," kata Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam.
"Mereka beraksi dengan amat baik dalam beberapa kejohanan lalu.
"Saya rasa kami sudah bersedia untuk menaiki podium.
"Ia lebih baik sekiranya kami dapat berdepan Mesir di peringkat final kerana ia salah satu daripada sasaran kami dalam acara berpasukan
"Dalam acara perseorangan pula, cabaran utama akan datang daripada Mesir juga kerana empat pemain pilihan terbaik datangnya dari negara itu.
"Jika segala-galanya berjalan lancar, kami berpeluang untuk melakukan kejutan," katanya.