Pemain skuasy remaja negara, Aifa Azman, terus beraksi cemerlang apabila menyingkirkan wakil Hong Kong, Kirstie Wong, 3-0 untuk ke suku akhir Kejohanan Skuash Remaja Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Terdahulu, Aifa mengalahkan Sanya Vats dari India 11-7, 11-7, 10-12, 11-6 untuk ke pusingan 16.
Atlet kelahiran Kedah itu meneruskan rentak kemenangannya ke atas Kirstie 11-2, 11-3, 11-2.
"Terdapat dua perlawanan hari ini dan saya rasa perlawanan sebelah pagi lebih mencabar sebelum saya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sanya Vats.
"Dalam perlawanan tadi, saya rasa dia sudah kepenatan selepas perlawanan semalam dan dia bermain baik.
"Saya rasa saya telah beraksi dengan lebih baik berbanding pagi tadi dan saya menang 3-0," katanya.
Menjelang aksi suku akhir esok, Aifa akan beraksi di gelanggang di Pusat Skuasy Nasional.
Bagaimanapun, dia berharap tekanan beraksi di gelanggang utama itu tidak akan merencatkan permainannya untuk memberi aksi terbaik.
"Saya suka bermain di gelanggang kaca kerana saya menggemari pukulan drop.
"Bola akan lebih cepat 'mati' berbanding gelanggang normal.
"Namun, gelanggang kaca lebih panas berbanding gelanggang normal.
"Saya harap rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan kepada pemain negara esok," tambahnya.