Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Remaja Dunia: Adam mara ke pusingan kedua

adam-nagan-aziz.jpg
Pemain skuasy remaja negara, Adam Agan Aziz, bermula dengan langkah positif dalam penampilan pertama dalam Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil apabila meraih kemenangan mudah ke atas wakil Hong Hong, Au Lap, hari ini.

Dalam set pertama, pemain berusia 19 tahun itu ketinggalan enam mata sebelum bangkit melakar kemenangan 11-8.

Dia kemudian mengekalkan momentum sama dalam dua set berikutnya untuk menang 11-6, 11-8.

"Banyak kesilapan dalam enam mata pertama dan dia mempunyai banyak peluang untuk bermain secara singkat.

"Kemudian, saya kembali beraksi baik selepas enam mata itu.

"Saya cuba untuk bangkit dan ia agak efektif memandangkan pukulan saya menjadi.

"Saya rasa pukulan saya membuatkan dia tertekan dan sebab itu saya memenangi mata demi mata ," katanya.

Adam mengakui berasa resah memandangkan dia akan berdepan pilihan kelima kejohanan dari Mesir, Yehia Elnawasany, dalam pusingan kedua.

Meskipun turun dengan status pemain bukan pilihan, dia meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan dalam kelompok 16 terbaik.

"Saya rasa apa yang saya perlu perbaiki ialah perasaan gugup.

"Kalau saya gugup, memang semua benda tak jadi.

"Saya harap esok saya akan main dengan lebih tenang.

"Saya perlu perbaiki pemilihan pukulan saya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video