Ketua jurulatih skuasy negara, Peter Genever, waspada dengan ancaman jaguh Hong Kong, Annie Au, yang mampu memusnahkan impian ratu skuasy kebangsaan, Datuk Nicol Ann David, melebarkan rekod atlet Malaysia paling berjaya dalam Sukan Asia.
Nicol, selaku pilihan pertama acara perseorangan wanita, berpeluang menambah koleksi enam pingat emas menjelang kempen skuasy di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno, esok.
Jaguh berusia 35 tahun berkenaan mendapat undian mudah dalam perseorangan menerusi laluan percuma pusingan pertama sambil menunggu lawan dari Mongolia atau China dalam pusingan kedua.
Jika segala-galanya berjalan lancar, pemain di ranking kesembilan dunia tersebut dijangka berdepan Annie -- ranking ke-11 dunia -- dalam final.
"Saya berasakan Nicol akan menempuhi cabaran sengit.
"Namun, berdasarkan prestasi yang dipamerkan Nicol, saya berasakan dia mempunyai peluang cerah.
"Perjalanannya masih panjang dan kami enggan terlalu yakin. Sekiranya dia dapat mara ke final, dia pasti sudah bersedia dan yakin," kata Genever.
Selain perseorangan, Nicol akan cuba mempertahankan emas berpasukan wanita yang dimenangi di Incheon, Korea Selatan, empat tahun lalu.
Malaysia turut diwakili Low Wee Wern, S. Sivasangari dan Aifa Azman dalam berpasukan wanita.
"Para pemain jelas sekali ingin menyumbang pungutan pingat.
"Wujud sedikit tekanan tetapi dalam bentuk yang sihat.
"Kami mendapat peruntukan dan sokongan yang cukup baik.
"Kini, barisan pemain mahu memberikan pulangan terhadap sokongan yang diberikan," katanya.