Skip to main content

Sukan Asia

Skuasy: Nicol mara ke suku akhir

nicol-david.jpg
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, menepati ramalan untuk melepasi halangan pusingan kedua bagi meneruskan kemaraan ke suku akhir acara perseorangan wanita dalam Sukan Asia Indonesia di Stadium Skuasy, Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini. 

Diletakkan sebagai pilihan pertama, Nicol berdepan pemain dari China, Li Dongjin, bagi perebutan tempat ke suku akhir.

Set pertama bermula seimbang dengan Dongjin menggunakan kepantasan bagi memperoleh mata.

Begitupun, Nicol mula mendapat rentak dan hasilnya dia memenangi set berkenaan dengan keputusan 11-8.

Nicol kemudian mengekalkan permainan konsisten dalam set berikutnya dan memaksa lawan membuat kesilapan mudah.

Meskipun tentangan hebat diberikan lawan, set itu juga menjadi milik Nicol dengan keputusan 11-5.

Nyata pengalaman jauh memisahkan kedua-dua pemain itu apabila Nicol mudah memperoleh kemenangan 11-1 dalam set ketiga, sekali gus mengesahkan kemaraannya ke suku akhir.

"Sudah tentu suasananya berbeza semasa latihan dan dalam perlawanan sebenar. 

"Amat penting untuk berasa semakin selesa dalam permainan," kata Nicol. 

Advertisement

Must Watch Video