Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, meraikan sambutan hari lahir dengan nota manis apabila meraih pingat emas acara individu wanita buat kali keempat berturut-turut susulan kejayaan menundukkan rakan senegara, S. Sivasangari, 3-2 hari ini.
Senyuman manis yang diberikan Nicol sudah cukup untuk membuktikan dia lega tatkala penampilan terakhirnya dalam Sukan Asia berakhir dengan keputusan termanis.
Dalam aksi di Stadium Skuasy Gelora Bung Karno itu, Nicol terlebih dahulu dikejutkan dengan kemenangan Sivasangari 13-11 dalam set pertama sebelum dia bangkit 11-9 dalam set kedua.
Berdepan atlet yang lebih senior tidak menghalang Sivasangari mengorak langkah untuk mengutip mata kedua menerusi kemenangan 11-5 dalam set ketiga.
Bagaimanapun, Nicol membuktikan pengalaman mampu mengatasi tenaga muda selepas menguasai dua set terakhir dengan kemenangan 11-6, 11-8.
Secara keseluruhan, Nicol telah mengutip lima emas dalam acara individu Sukan Asia sejak 1998 selepas hanya meraih perak ketika edisi 2002 di Busan, Korea Selatan susulan kekalahan di tangan wakil Hong Kong, Rebecca Chiu.