Pemain skuasy lelaki negara, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan, memiliki ramuan untuk menumbangkan pemain Hong Kong, Lee Ho Yin, dalam separuh akhir acara perseorangan hari ini selepas mencipta rekod peribadi layak menyertai kelompok empat terbaik Sukan Asia.
Ini kali pertama Nafiizwan layak ke separuh akhir dalam penampilan kedua perseorangan lelaki Sukan Asia.
Dia menyingkirkan pemain Qatar, Al-Tamimi Abdulla, 11-9, 12-0, 11-9 dalam suku akhir walaupun turun dengan reputasi lebih rendah.
Pemain berusia 32 tahun ini mengatasi pencapaian di Incheon, empat tahun lalu dalam kelompok lapan terbaik perseorangan lelaki.
"Skuad skuasy sudah menjanjikan sekurang-kurangnya tiga gangsa dan kami berharap dapat menukar warna pingat itu," kata Nafiizwan.
Tugas lebih sukar menanti Nafiizwan dalam separuh akhir.
Rekod pertemuan berpihak kepada Ho Yin dengan pertemuan terakhir Mei tahun lalu menyaksikan Nafiizwan tewas 1-3.
Namun, pemain kelahiran Kuala Terenganu ini tahu apa yang perlu dilakukan untuk menewaskan Ho Yin.
"Peluang 50-50, sesiapa boleh memenangi perlawanan ini. Saya perlu menggunakan peluang sebaik mungkin," ujarnya.