Skip to main content

Sukan Asia

Skuasy: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan

nicol-david.jpg
Malaysia bermula cemerlang apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam pusingan awal acara skuasy berpasukan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno, hari ini. 

Skuad lelaki negara yang diketuai juara kebangsaan, Ivan Yuen, menewaskan Singapura 3-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B sebelum membenam Thailand 3-0 dalam aksi kedua.

Sementara itu, pasukan wanita yang dikemudi juara perseorangan wanita, Datuk Nicol David, juga mencatat kemenangan mudah 3-0, masing-masing ke atas Pakistan dan Filipina dalam saingan Kumpulan A.

Pasukan lelaki akan berdepan Indonesia manakala skuad wanita dijadual bertemu Korea Selatan dalam aksi ketiga kumpulan, esok.

Untuk rekod, Malaysia setakat ini memenangi satu pingat emas dan satu perak dalam acara perseorangan wanita menerusi Nicol dan pemain remaja negara, S. Sivasangari, serta satu gangsa melalui Mohd Nafiizwan Adnan dalam acara perseorangan lelaki.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video