Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy: Latihan di UK bantu Ivan

ivan-yuen.jpg
Ketua jurulatih skuad skuasy negara, Ajaz Azmat, berasakan latihan di United Kingdom (UK) banyak membantu perkembangan pemain negara sehingga Ivan Yuen menjuarai Kejohanan Skuasy Antarabangsa di Karachi minggu lalu.

"Bagi saya, ia adalah permulaan yang baik untuk pemain senior Malaysia.

"Mereka bermain dengan baik dalam beberapa kejohanan tahun ini.

"Kemenangan (Ivan) itu bagus untuk meningkatkan keyakinannya.

"Kejohanan Asia akan bermula bulan depan, jadi kami memerlukan pembakar semangat untuk menghadapinya.

"Latihan itu membantu dalam beberapa perkara kerana anda berlatih dengan pemain terbaik dunia.

"Ia peluang yang baik untuk mendapatkan rakan sepelatih yang setanding.

"Jadi, ia meningkatkan tahap keyakinannya," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found