Bintang skuasy wanita negara, Datuk Nicol Ann David dan S. Sivasangari, menepati ramalan apabila kedua-duanya bakal beraksi di pentas final Sukan Asia 2018 esok selepas menumpaskan lawan masing-masing dari India dalam saingan separuh akhir, sebentar tadi.
Muncul selaku pemegang pingat emas dalam edisi lalu di Incheon, Nicol tidak berdepan cabaran sukar untuk merebut slot ke final apabila menang mudah ke atas lawannya dari India, Dipika Pallikal Karthik, dengan keputusan 3-0.
Selepas mencatat kemenangan 11-7 dalam set pertama, usaha Dipika untuk mengelirukan pemain nombor enam dunia itu gagal apabila Nicol mengutip mata kedua menerusi keputusan 11-9 sebelum ratu skuasy negara itu melengkapkan kejayaan dengan catatan 11-6 dalam set ketiga.
"Aksi tadi sangat sukar kerana Dipika merupakan seorang pemain yang sukakan serangan. Anda boleh lihat. Saya perlu tampilkan aksi yang kemas dan sentiasa yakin.
"Segalanya sangat taktikal," kata Nicol.
Turut mengikut langkah Nicol adalah pemain muda negara, Sivasangari, yang cemerlang meraih kemenangan 4-1 ke atas pemain ke-14 dunia, Joshna Chinappa.
Walaupun aksi di Indonesia merupakan penampilan kali pertama Sivasangari di pentas Sukan Asia, dia tampak tenang untuk meletakkan diri dua kali di depan menerusi kemenangan 12-10, 10-6.
Joshna bangkit dalam set ketiga menerusi kemenangan 11-9 tetapi Sivasangari ternyata lebih unggul untuk menamatkan perlawanan dengan catatan 11-7 dalam set keempat.
"Saya seperti tidak percaya apa yang berlaku. Ia adalah penampilan pertama saya, jadi saya sangat gembira," ujar Sivasangari.
Kredit foto: Twitter @myTeamMAS