Skip to main content

Sukan Asia

Skuasy: Emas berpasukan wanita sasaran Sivasangari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sivanicol.jpg
Pemenang pingat perak acara skuasy individu wanita, S. Sivasangari, menganggap penguasaan pemain Malaysia bagi saingan individu sebagai petanda satu lagi emas bakal diraih bagi acara berpasukan wanita dalam saingan Sukan Asia 2018.

Kejayaan Malaysia meraih emas dan perak bagi acara wanita individu cukup jelas bahawa Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk menghasilkan pertambahan pingat selepas ini.

Bagi Sivasangari, apa yang ditampilkannya apabila berjaya mengheret ikon skuasyh negara, Datuk Nicol Ann David, sehingga set kelima cukup jelas dia berada dalam kedudukan yang baik untuk sekali lagi menyerlah dalam penampilan pertamanya di Indonesia.

"Nicol adalah idola saya. Beraksi dengannya amat menggembirakan saya.

"Saya mahu mempamerkan aksi yang lebih baik dalam saingan berpasukan," kata Sivasangari.

Sementara itu, pemegang pingat emas individu wanita, Nicol, menganggap kebangkitan pemain-pemain muda negara memberi kelegaan buatnya dengan sekurang-kurangnya legasi yang bakal ditinggalkan memiliki kredibiliti untuk menyambung kecemerlangan sukan skuasy negara.

"Pasukan negara amat baik dan cuba menampilkan persembahan yang terbaik dalam saingan kali ini. Semua pihak telah berusaha membangunkan sukan ini dan Sivasangari telah membuktikan persembahan yang terbaik," kata Nicol.
 

Advertisement

Must Watch Video