Kuartet skuasy wanita Sukan Asia 2018 dikekalkan bagi membawa cabaran negara dalam Kejohanan Berpasukan Dunia di Dalian, China.
Datuk Nicol David mengetuai skuad ini dengan misi memadam duka edisi 2016 apabila menyasarkan kelayakan ke separuh akhir.
Saingan skuasy berpasukan wanita dunia 2016 menyaksikan Malaysia tersingkir dalam suku akhir di tangan Hong Kong.
Bagi edisi 2018, Malaysia diundi sekumpulan dengan Hong Kong, Afrika Selatan dan Switzerland.
Selain Nicol, tiga lagi wakil negara ke Dalian adalah Low Wee Wern, S. Sivasangari dan Aifa Azman.
"Saya berasakan kami kini lebih mantap.
"Sivasangari yang turut beraksi pada edisi lalu kini pemain yang jauh lebih baik.
"Wee Wern juga sudah pulih manakala Nicol masih di tahap yang sama, jadi kami dalam keadaan yang baik," ujar jurulatih negara, Peter Genever.
Antara cabaran sebelum menjejakkan kaki ke Dalian adalah mengatasi kekecewaan gagal mempertahankan emas berpasukan Sukan Asia di Jakarta yang lalu.
"Ada masanya ia bergantung kepada persembahan pada hari tersebut.
"Pada hari pertandingan, kami mungkin gagal menjelmakan aksi seperti yang diharapkan.
"Kami akan berbincang mengenai barisan pemain yang akan diturunkan, tidak seperti Sukan Asia dengan turutan pemain perlu dimaklumkan lebih awal.
"Kami akan mengenal pasti mengenainya melalui persembahan semasa.
"Ia bukan mudah berikutan ramai pemain wanita yang beraksi hebat ketika ini.
"Kami perlu berada di tahap terbaik bagi merealisasikan sasaran yang ditetapkan," katanya lagi.