Sikap tidak pernah berasa puas menjadi keistimewaan utama skuad skuasy berpasukan wanita negara yang gagal ditandingi mana-mana pencabar Asia lain apabila membuktikannya menerusi kemenangan bersih dalam empat aksi peringkat kumpulan.
Pemain nombor satu negara, Datuk Nicol Ann David, menganggap dia dikurniakan barisan yang sempurna walaupun hakikatnya dua daripada mereka (S. Sivasangari dan Aifa Azman) masih muda dan membuat penampilan kali pertama dalam Sukan Asia.
Semangat tidak mengalah yang dimiliki pemain muda ini menjadi kekuatan utama skuad berpasukan negara dalam mengharungi saingan dalam peringkat kumpulan yang turut mendapat slot mudah ke separuh akhir.
"Saya berasakan saingan separuh akhir akan mula memberikan ujian kepada Malaysia," kata Nicol.
Tiada halangan berliku buat skuasy wanita negara mencetak kemenangan terakhir 3-0 ke atas Jepun dalam saingan peringkat kumpulan hari ini, sekali gus menempatkan diri dalam separuh akhir yang akan berlangsung Jumaat ini.
"Dengan hadirnya Low Wee Wern kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan sementara pemain-pemain lain menampilkan aksi cemerlang, ia merupakan sesuatu yang amat positif untuk pasukan," katanya.
Sementara itu, turut mengekori jejak langkah mereka, pasukan lelaki juga mudah memastikan kedudukan mereka dalam separuh akhir selepas menewaskan Qatar 2-1 dalam aksi terakhir kumpulan.
Aksi Ivan Yuen memberikan amaran kepada Qatar menerusi kutipan awal satu mata untuk Malaysia, Ng Eain Yow juga mudah memastikan kemenangan dalam tiga set untuk mata kedua.
Bagaimanapun, Nafiizwan Adnan gagal meraih kemenangan ketiga negara bagi menjadikan kutipan mata keseluruhan Malaysia 2 Qatar 1.