Skip to main content

Sukan Asia

Skuasy: Berpasukan lelaki mara ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eainyow.jpg

Malaysia akan bertemu Hong Kong dalam perebutan emas selepas mengalahkan Pakistan 2-0 dalam separuh akhir skuasy lelaki berpasukan, Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno, malam ini.

Kemenangan itu tentunya memberikan kelegaan kepada skuad skuasy negara selepas skuad wanita mengalami kekalahan mengejut 0-2 kepada India dalam perlawanan separuh akhir lebih awal.

Advertisement

Dalam aksi malam ini, Mohd Nafiizwan Adnan memberikan mata pertama Malaysia dengan mengalahkan Aslam Tayyab 11-8, 11-6,  11-6 sebelum bekas juara remaja dunia Ng Eain Yow, menewaskan Israr Ahmed 7-11, 11-8, 16-14, 11-6  untuk menempah slot ke final. 

Terdahulu, Hong Kong layak ke final dengan mengalahkan juara bertahan, India, 2-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Untuk rekod, Malaysia muncul sebagai juara dua kali dalam pertandingan pasukan skuasy lelaki yang diperkenalkan dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

"Saya tidak menjangkakan sebarang pingat untuk saingan berpasukan lelaki tetapi kami telah menampilkan persembahan yang terbaik dan kini berada dalam perlawanan akhir," kata Nafiizwan.

"Gembira kerana usaha kami membuahkan hasil. Saingan berpasukan agak sukar tetapi kami mengetahui mempunyai peluang terbaik mara ke final," kata Eain Yow.

-- BERNAMA

Must Watch Video